Ahad, 4 Disember 2011

"BILAKAH WAKTU ITU"


HATI BERBISIK LAGI,
MELIHAT SENDA DAN TAWA ITU,
GIRANG PADA SUSUNAN TEMPATNYA,
JASAD INI HANYA DAPAT MEMERHATI,
TETAPI TIDAK DAPAT MERASA,
PERLUKAH HATI INI UNTUK IRI?
PADA JAWAPAN YANG BELUM PASTI,
KU SEDAR...AKU HANYA CORETAN BARU,
BERSINGGAH PADA PERTALIAN YANG JITU,
KU GAGAHKAN HATI UNTUK BERDIRI,
AGAR JASADKU INI TIDAK DIHINDARI,
SETIAP DETIK AKU MENANTI,
PADA HARI YANG AKAN MEMBUANG
KEMELUT INI.

Sabtu, 3 Disember 2011


SEDIH YANG TIDAK BERKESUDAHAN,
MENANGISI SESUATU YANG AMAT MEMILUKAN,
SENDA DAN TAWA
DIBALIK PEMERHATIAN
YANG MENGURISKAN,
TAWA HATI INI,
PILU HATI INI,
SENYUMAN DIBALIK PENGHAMBATAN,
DIMANA KECERIAN UNTUKKU?
DIMANA SAPAAN UNTUKKU?
DIMANA PERGI SENYUMAN UNTUKKU?
AKU BAGAIKAN TERASING
DIBALIK LAUTAN JASAD YANG BERNYAWA,
KUSEDAR DIRIKU TIDAK RAMAH,
KUTAHU DIRIKU TIDAK SEHEBAT MANA,
TAPI BERIKAN AKU
SENYUMAN ITU,
BERIKAN AKU SAPAAN ITU,
BERIKAN AKU TAWAMU ITU,
AKU JUGA INGIN MERASA,
PAHIT DAN MANIS
BILA BERSAMA.
ADAKAH DIRIMU SEDAR,
SUARA HATIKU MEMANGGIL TEMAN.