Cari Blog Ini

Allah

Rabu, 7 Mac 2012

"WARKAH BERLAGU PILU NAN SENDU"



BISMILAH HIRAHMAN NIRAHIM






ASSALAMMUALAIKUM..........
Tiada kata seindah bahasa inginku coretkan dibalik hamparan nan putih mengikut tinta hitam meniti sebuah luahan rasa.Sedar tak sedar diriku kini hampir menuju ke sebuah fasa pengakhiran menggenggam segulung diploma.Pernah terfikir diri ini,layakkah aku berada di sini,bersama meniti kembara ilmu sesama insan yang tidak aku kenali?.Namun ku gagahkan hatiku membangkitkan semangat yang telah dipaksi.Aku berpegang pada matlamat diri, “Selagi jasad ini bisa bernafas,selagi maut tidak datang melintas,raihlah ilmu sebanyak mungkin di dunia ini,ilmu yang dapat memberikan manfaat terhadap dirimu”.Diriku sedar tidak sehebat mana,diriku sedar tidak sebijak mana,namunku yakin pada diri,jika benar pada nawaitu yang telah dipaksi takkan terhenti kembara ilmuku ini.
Coretan ini ku hamparkan pada sahabat-sahabatku yang selama empat semester kita bersama.Terkadang tidak terkira seberapa banyaknya kisah gembira ataupun kisah duka sepanjang kita bersama.Yang duka itu terlalu pahit untuk ditelan,sang gembira itu terlalu manis untuk dikenang.Semua itu catatan kehidupan yang telah tertulis untuk aku jalani sebagai insan yang digelar manusiawi.Suatu ketika ,perasaan hati pernah berkata,diriku ini dikelilingi ramai sahabat ataupun sahabat yang menikam sahabat?.Jawapan itu aku masih tercari-cari sehingga saat ini.Bilakah ianya akan terungkai mengakhiri kemelut yang bersarang dilubuk hati.
Jauh dilubuk hati yang sangat mendalam,inginku jelajahi disetiap hati insan yang daku anggap sahabat.Inginku lontarkan luahan perasaanku, terimalah diriku sebagai sahabatmu.Walaupun sekecil zarah,sepintas pandangan kalian menganggap diriku sahabat dibalik rela dan jua paksa.Kuterima dengan hati yang terbuka kerana diriku bukan insan yang tercipta sempurna, terlalu banyak cacat dan celanya.
Perasaan cemburu pernah menyelubungi diri,melihat sahabat lain bergurau senda pada suatu jalinan yang telah termeteri.Persoalan yang selalu menghantui diri,layakkah aku berada disini?perlukah aku untuk mereka?pentingkah aku pada mereka?.Persoalan yang begitu mudah untuk disampaikan tetapi sukar untuk merungkai makna sebuah jawapan.Jerit hati ini menampung beribu persoalan,bagaimanakah daku pada pandangan mereka,sebaik manakah daku pada mereka,seburuk apakah aku dikaca penglihatan mereka,layakkah aku digelar sahabat untuk mereka.
Terkadang diri pernah memekakkan telinga,menjadi insan tuli yang bukan pada tempatnya.Menutup segala saluran gegendang telinga dibalik cercaan dan umpatan yang menghina.Umpatan yang bisa melukakan memberikan parut yang mencacatkan.Semua itu ku anggap sebagai gurauan,resam kehidupan jalinan meniti sebuah persahabatan.Sifat maksum itu bukan untukku ,kerana diriku juga tidak terlepas dari bisikan yang memaksaku untuk menghina antara sesama.
Diakhir kata sebelumku mengundurkan diri bagi coretan luahan hati,maaf dipinta andai diri pernah menyakiti disetiap hati indah terpatri.
“Sahabat dirimu sesungguhnya ,
temanku dikala suka dan lara,
tika ku buntu diselubungi sendu,
kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman,
bagaikan embun hilang diterbit fajar,
kau pergi jauh mengejar cita,
mengapai reda yang Esa,
duhai sahabat dengarkanlah,
bicara hatiku ini,
meskipun jara memisahkan,
namun tiada nokhta kasih,
biarlah waktu menentukan nilai ukhwah
yang terjalin,
teruskanlah perjuangan ,
sehingga ketitisan darah terakhir.”
“DOAKU SENTIASA MENGIRINGI DISETIAP KEJAYAANMU.........SAHABAT”
IKHLAS DARI,
SUTERA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan