Cari Blog Ini

Allah

Ahad, 3 Julai 2011

AKU BUKAN MILIKNYA


Aku tak tahu kenapa dengan perasaan aku sejak beberapa hari ni.
Perasaan yang sangat mendesak untuk si dia.Padahal dah lama aku kat kawasan ni,si dia pun kerap kali aku jumpa.Tetapi kenapa perasaan ini bertukar menjadi tidak keruan.Semakin aku melupakan si dia,perasaan ni semakin membuak - buak memaksa untuk aku ingatkan si dia.Sejak itu, aku sering terlarut dengan godaan perasaan yang mengasyikkan.Makin aku paksa menolak perasaan itu,wajahnya sentiasa bermain - main di dunia mindaku.Memang tidak dinafikan si dia memang menjadi idaman setiap mata insan yang melihatnya.Matanya,bibirnya,senyumanya dan warna fizikalnya sungguh indah untuk dipandang apatah lagi seandainya dapat memilikinya.Hari ini seperti biasa,aku menjalani rutin harianku dengan penuh kegembiraan.Leka dengan dunia nyata,tak terlintas untuk memikirkan si dia.Tak disangka.dia hadir tanpa isyarat untuk bersua.Tingkahku bagaikan mati seketika kerana tidak mahu melepaskan pandangan jasadnya walaupun sekelip mata.Ku simpan dan kukunci peristiwa tadi di dalam ruang ingatanku.Pernah diri berkhayal,andai dapat bersama si dia ,takkan ku biar mataku berkedip walaupun seketika untuk memandangnya.Tapi sayang.... dirimu bukan untuk milikku.Tetapi izikan daku.....izinkan daku untuk jatuh hati padamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan