Selasa, 26 Julai 2011

JAHAT SANGAT KE AKU NI?


JAHAT SANGAT KE AKU NI?
TERLALU SUKAR UNTUK DIMENGERTIKAH
AKAN AKU INI?
ADA ORANG CAKAP AKU NI SOMBONG,
SENYUM DENGAN ORANG YANG DIKENAL SAHAJA,
SELISIH KAT TEMPAT ORANG RAMAI,
NAK NAMPAK GIGI PUN SUSAH.

JAHAT SANGATKAH AKU NI?

BILA BERBUAL ,
DENGAN ORANG YANG RAPAT JE,
DENGAN ORANG YANG TAK BERAPA DEKAT,
DUA TIGA SOALAN JE YANG DITANYA,
LEPAS TU DIAM SERIBU BAHASA.

JAHAT SANGATKAH AKU NI?

BILA ORANG MENGATA AKU,
AKU BUAT TAK TAU JE,
ITU PUN ORANG CAKAP,
AKU NI TAK BOLEH DIBAWA BERGURAU.

JAHAT SANGATKAH AKU NI?

BILA AKU BANYAK CAKAP,
DIA ORANG PANGGIL AKU
MULUT MURAI,
BILA AKU DIAM TAK TERKATA,
DIA ORANG CAKAP
AKU NI BERAT MULUT,
MACAM ADA EMAS JE
KAT DALAM MULUT...
YANG LEBIH PEDIH
ORANG CAKAP
"BAGUS KAU DIAM,AMAN SIKIT DUNIA NI!"
SEDIH DENGAR AYAT TU...
RASA TERSENTAP MENIKAM
DIKALBU.

JAHAT SANGATKAH AKU NI?

BILA AKU BUAT BAIK,
ORANG PUN MENGATA JUGA,
KATA AKU NI MACAM BAGUS
SANGAT JE.
BILA AKU NAKAL SIKIT,
LAGILAH ORANG KATA,
MACAM - MACAM KELUAR NAMA,
"HANTU PUNYA BUDAK!"
"SYAITAN LA KAU!"
"BODOH SEH!"
BINATANG KAKI EMPAT LAGI LA....
"BABI LA KAU!"
SEDANGKAN AKU ADA NAMA,
NAMA YANG INDAH PENGERTIANYA.

PERSOALAN MASIH SAMA,
JAHAT SANGATKAH AKU NI?

BILA AKU DUDUK SEORANG DIRI,
DIA ORANG CAKAP AKU NI ANTI SOSIAL,
BILA AKU SAMA-SAMA DENGAN DIA ORANG,
AKU NI DIANGGAP MACAM TIANG.

JAHAT SANGATKAH AKU NI?

NAK AKU JADI MACAM MANA LAGI?
BUAT BAIK DIKEJI,
BUAT JAHAT DIMAKI.

JAHAT SANGAT KE AKU NI?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan